This Is Me

My photo
Airport City, Kuala Lumpur, Sepang, Malaysia
Welcome To The Official Page Of itsmeizzs. =Know His Latese News, Activities, Photos, Video, etc; Which He Updates This page Regularly By Himself. +Head Over To The Wall Tab Now! -Admin-

Sunday, May 8, 2011

Satu Jam Saja

Mengenali dia dengan tidak sengaja pada suatu hari telah mengikat hatiku untuk terima dia seikhlas mungkin. Beliau yang cukup matang bagiku selalu memberiku nasihat dan kata-kata semangat. Kerisauan mengenali dia sangat besar kerana aku akan takut kehilangannya dan kerinduan yang tersangat. Dia yang sangat tidak berkira menambahkan lagi rasa sayangku padanya. Dengan banyak persamaan dan kebetulan menambahkan lagi keakraban kami. Walaupun baru keluar bersamanya pertama kali, ku telah selesa dengannya sepeti sebuah keluarga bahagia. Ku sangat terharu dengan beliau kerana sangat perihatin terhadap diriku, air matanya pernah mengalir kerana rindunya padaku. Walau tangisnya bukan di depan ku, tetapi dapat dirasakan di hatiku kerana mataku juga mengalirkan air kerana rindu padanya. Masihku teringat dalam perjalanan bersama dia untuk pulang, lagu dari ‘aizat’ bertajuk perpisahan ini di mainkan di radio menyebabkan aku sering teringat pada dia apabila mendengarkan lagu tersebut. “siapa nyanyi lagu ni?, saya suka lagu ini” katanya.Lagu sedetik lebih dari anuar zain juga sering mengingatkan ku kepada dia. Setelah mengenali beliau, aku sering tertawa gembira dan melupakan segala masalah yang melandaku. Terima kasih kepada dia juga kerana mengenalkanku dengan seorang gadis yang baik dan cantik… mereka berdua lain dari orang yang aku kenali, walau baru beberapa hari, tapi aku terasa seperti sudah bertahun lama mengenalnya. Ku tidak ego untuk menceritakan yang aku menangis kerana sering teringat padanya kerana itulah diriku. Tetapi inilah pertama kalinya aku sebegini. Sangat hebat rasa rinduku ini. Di awal perkenalannya dengan ku juga beliau meceritakan impian ku. Sudah ternyata beliau perihatin pada diri ku. Aku bersyukur kerana dapat mengenali orang sebaik dia.

Mungkin kepada sesiapa yang tidak memahami apa yang dituliskan ini tidak mengapa kerana biarlah dia yang mengerti sendiri.aku, dia dan dia juga lah yang akan memahami. tolong jangan lupakan aku kerana melupakan kamu adalah tak mungkin bagi ku.


Aku Sangat Sayang Dia... terima kasih ya Allaah kerana memberi daku meminjam dirinya..

No comments:

Post a Comment

Thousands Muic Smiles

Muic Popular Posts